Kisah Dalam-dalaman

“Wah, very colourful. Cantik. Macam panties.” Sambil ketawa, saya membelek-belek bungkusan-bungkusan kain terjahit yang bergantungan di sebuah kedai runcit berdekatan hotel bulan bintang kami; Masjid Diauddin. Sekali imbas, kain-kain tersebut saling tak tumpah seperti seluar dalam (wanita; kerana desainnya yang kelihatan untuk wanita) yang berwarna-warni. Saya membuka satu bungkusan, dan minta ampun, sememangnya ia kelihatan seperti sehelai panties.

Filin (Murofilin, anak Haji Musa) membayar harga ‘panties’ tersebut untuk saya. 600 Riyel, atau lebih kurang 6 kupang duit Tanah Melayu. Saya memakai ‘panties’ tersebut sambil tersengih-sengih, tapi sengihan kerang saya tersembunyi di balik ‘panties’ tersebut. Saya mengenakannya pada muka saya! Semua yang lain (yang turut sama ke kedai) sudah hingar mengilai.

Kami pulang ke rumah Haji Musa, dan saya unjukkan ‘panties’ tersebut kepada Dr Dinon. “Ni coli siapa kamu ambil ni?” Dan sekalian yang ada bergelak ketawa. ‘Panties’ tersebut juga rupanya-rupanya kelihatan seperti bra yang dipotong dan dijahit tali di sisinya. Bahkan ia sebenarnya lebih menyerupai bra dari panties.

Bulan April merupakan salah satu bulan dari bulan-bulan kering di Kemboja (saya pernah kisahkan kisah tersebut di blog saya yang itu). Disebabkan jalan-jalannya yang berhabuk dan berdebu (dan berserbuk, menurut istilah seorang yang itu), maka kami peserta-peserta amat digalakkan untuk memakai topeng muka. Dan saya mengenakan topeng muka enam kupang yang merupakan saudara kembar kepada ‘panties’ dan bra, belanjaan Filin.

[Ini cerita hepi-hepi. Tak perlu dimasukkan ke dalam travelog. Juga tak perlukan editing hohohoh – Sai]

2 Respons

  1. Ya, ini memang tak masuk dalam travelog tapi Edisi Khas web sahaja. Haha.

  2. wawa.. ni mmg menarik. tp knape la aku lgsung xpk pasal panties ye time die pakai?

    mujur wajah telah di’sensored’ kn ye..

    em.. travelog ku versi bahasa inggeris la. x diterjemahkn ke BM. boleh bace kalo rajin jugak..

Tinggalkan komen